Dasar Privasi

Dasar privasi ini menerangkan bagaimana Planswell Holdings Inc. (anda boleh memanggil kami Planswell) menggunakan maklumat peribadi anda. Kami sangat berhati-hati untuk memastikan data anda selamat, dan kami sentiasa melakukan yang terbaik dalam mengemas kini halaman ini dengan dasar-dasar terkini. Jika anda ingin tahu tentang perkara yang tidak disebut di sini, sila hubungi di [email protected]

 

Apa yang kami kumpulkan dan mengapa

 

Dalam usaha untuk membina pelan percuma anda, kami perlu tahu beberapa butiran asas mengenai anda, seperti nama pertama, alamat e-mel dan nombor telefon anda. Sebaik sahaja anda memutuskan untuk meneruskan pelan anda, kami perlu mendapatkan lebih banyak maklumat, seperti alamat, nombor insurans sosial, tarikh lahir, kewarganegaraan, kewangan peribadi, kesihatan, dan menjalankan beberapa pemeriksaan ke atas skor kredit dan sejarah perbankan anda. Kami juga menjejak interaksi anda dengan laman sesawang kami dan enjin perancangan.

Ia bukan kerana kami sengaja menceroboh privasi anda, tetapi kami terikat dengan tanggungjawab tertentu. Di mana terutama di antaranya untuk memastikan cadangan kami mengenai jenis hak pinjaman, pelaburan dan insurans adalah yang terbaik bagi anda. Selain itu, ia adalah untuk memenuhi kehendak sekuriti Kanada, peraturan pinjaman dan insurans, undang-undang pencegahan pengubahan wang persekutuan, dan piawaian Peraturan Perlindungan Data Umum Eropah – Peraturan EU 2016/679 atau lebih dikenali sebagai GDPR.

Berikut adalah cara kami menggunakan data anda:

Untuk mengesahkan identiti anda
Untuk membuat pelan anda dan memberi cadangan bersesuaian
Untuk menghubungi anda mengenai pelan anda dan perkhidmatan kami
Untuk memahami bagaimana anda berinteraksi dengan laman sesawang dan aplikasi kami supaya kami dapat menaik taraf mereka

Berikut adalah sebab-sebab yang legal kami kumpulkan maklumat anda:

Bagi memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan yang berkaitan
Sesuatu yang dinamakan “kepentingan sah,” bermaksud untuk menghubungi anda tentang pelan anda
Satu lagi perkara yang dipanggil “kepentingan utama,” merujuk kepada situasi melibatkan hidup atau mati, seperti menghubungi waris jika pemegang akaun meninggal dunia

Anda perlu tahu bahawa Planswell beribu pejabat di Kanada yang indah. Jadi, anda mungkin bakal menggunakan laman sesawang atau perkhidmatan kami yang berasal dari Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) tetapi kami juga berkemungkinan akan memindahkan data anda ke lokasi luar dari EEA. Namun, kami masih akan sentiasa peka untuk melindungi maklumat peribadi anda.

Hak-hak anda

Kami mahu anda berasa benar-benar selesa berkongsi maklumat dengan kami, dengan sejumlah besar hak untuk melindungi diri anda:
Hak untuk diberitahu. Anda sedang membacanya sekarang.
Hak data mudah alih. Anda boleh meminta untuk melihat dan juga mengambil salinan maklumat yang kami simpan mengenai anda.
Hak untuk pembetulan. Anda boleh memaklumkan kepada kami jika kami mempunyai maklumat yang tidak betul atau tidak lengkap mengenai anda.
Hak untuk tidak dikesan. Anda boleh meminta kami untuk memadam maklumat yang kami ada mengenai anda (selagi ia tidak melanggar sebarang undang-undang atau peraturan-peraturan).
Hak untuk menghentikan. Anda boleh meminta kami untuk menghentikan pemprosesan data anda (sekali lagi, selagi ia tidak melanggar sebarang undang-undang atau peraturan-peraturan).
Hak berhubungan dengan pembuatan keputusan automatik dan profil. Anda boleh meminta kami untuk berhenti menggunakan data anda untuk menyesuaikan pengalaman anda, seperti rekaan mesej e-mel atau pengalaman produk berdasarkan tingkah laku anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin menuntut mana-mana hak ini, kirimkan e-mel di [email protected]

Pengekalan data

Untuk mematuhi pengawalan yang sesuai, kami mengekalkan data tertentu untuk tempoh selama 7 tahun. Bagaimanapun, kami sentiasa memastikan ia benar-benar selamat bagi tempoh tersebut. Kami mungkin akan berkongsi data anda dengan pihak ketiga tertentu di mana masing-masing mempunyai dasar privasi dan data pengekalan mereka sendiri, yang perlu anda semak. Berikut ialah butiran mengenai pihak ketiga:

Badan-badan kawalan selia dan polis untuk mematuhi undang-undang
Agensi pencegahan penipuan dan organisasi berkaitan
Data, keselamatan, perkhidmatan dan pembekal perisian
Pembekal atau subkontraktor yang tertentu

Di bawah peraturan GDPR, kami dikenali sebagai “Pengawal Data,” yang bermaksud kami menentukan tujuan, syarat dan cara-cara pemprosesan data peribadi. Oleh itu, terdapat dua perkara yang kami jamin:

Kami menganonimi dan/atau mengurangkan data yang kami kongsi bersama pihak ketiga sebanyak mungkin
Kami tidak akan menjual atau menyewa maklumat anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda

Keselamatan

Internet bukan 100% selamat, terutamanya kerana kita adalah manusia yang kerap melakukan kesilapan dengan memilih kata laluan yang mengarut. Walaupun begitu, kami tetap sedaya upaya berusaha melindungi privasi data pengguna kami, termasuk mengehadkan akses pasukan kami ke dalam pangkalan data kami, memisahkan data sensitif secara fizikal dari rangkaian lapisan sesawang kami, dan mengupah pakar keselamatan dari luar untuk melakukan ujian berterusan dan mengukuhkan pertahanan keselamatan kami.

Anda boleh baca lebih lanjut mengenai pendekatan kami terhadap keselamatan di sini

Kuki

Kuki ialah satu fail kecil yang diletakkan pada komputer anda atau peranti mudah alih apabila anda melawat laman sesawang kami atau melalui aplikasi mudah alih. Beberapa kuki berada di sana untuk membantu anda (seperti secara automatik mengingati nama pengguna anda) dan juga digunakan untuk membantu kami (seperti memaklumkan kami laman sesawang mana menghantar kami pelanggan yang paling baru). Kami juga menggunakan teknologi yang dikenali sebagai piksel sesawang untuk tujuan yang sama.

Data yang kami peroleh kadang kala akan dikongsi bersama pelantar pengiklanan seperti Facebook dan Google untuk membantu kami menarik lebih ramai pengguna tanpa perlu berbelanja banyak untuk mengelak pengiklanan kepada sasaran yang salah (kami percaya ini lebih menguntungkan bagi pihak syarikat untuk pelanggan kami).

Jika anda tidak mahu kami menggunakan kuki dengan anda, anda boleh nyahkan kuki dalam tetapan pelayar sesawang anda. Perlu diingatkan bahawa ini boleh menghalang perkhidmatan kami daripada berfungsi dengan baik, dan anda perlu memastikan anda menulis nama pengguna di suatu tempat supaya anda tidak lupa.

Pautan ke laman sesawang yang lain

Laman sesawang kami berkemungkinan mengandungi pautan ke laman sesawang lain yang menarik. Anda perlu ingat bahawa, sebaik sahaja anda mengikuti pautan ke laman sesawang yang lain, anda terikat di bawah polisi privasi mereka. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, pastikan anda membacanya dahulu.

Dokumen ini kerap disemak semula selari dengan banyak faktor. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin memberi cadangan berkenaan cara-cara untuk memperbaiki pelan anda, sila maklumkan kepada kami. [email protected]